Basic Ict – Introduction To Printer, Pc Components – Pc Parts, E-Commerce – Entreprenuership Skills, Check Your Label , E-Waste & Perisian Kawalan Ibu Bapa
25 Jun 2017 | Aktiviti Terkini
Pada 23 - 24 Jun 2017 jam 2.00 – 4.00 petang, Pusat Internet 1 Malaysia Melugu telah mengadakan kelas pengenalan kepada pencetak (printer), komponen PC, e-commerce, periksa label anda, e-sisa dan perisian kawalan ibu bapa yang telah dihadiri seramai 5 orang ketua kampung Jalan Jumbit dan Jalan Bukoh serta 5 orang pelajar. Dalam kelas pengenalan kepada pencetak, peserta telah didedahkan dengan fungsi pencetak dan jenis-jenis pencetak.
Peserta turut didedahkan kepada komponen-komponen komputer dan fungsinya seperti monitor, tetikus, papan kekunci dan CPU. Selain itu, peserta juga didedahkan dengan pengenalan kepada perniagaan dan keusahawanan serta kemahiran yang perlu untuk menjadi usahawan. Dalam kelas advokasi, para peserta yang terdiri daripada ibu bapa diajar cara untuk memeriksa label pada peralatan elektronik mereka serta didedahkan dengan maksud e-sisa dan cara untuk mengurangkan e-sisa.
Dalam segmen perisian kawalan ibu bapa, para peserta khasnya ibu bapa telah didedahkan dengan perisisan yang membolehkan mereka mengawalselia aktiviti internet anak-anak mereka seperti MaxisOne Kid, Digi Family Safety, Celcom Kidsafe dan lain-lain lagi. Di samping itu, mereka turut ditayangkan dengan video Klik Dengan Bijak supaya mereka lebih memahami pembelajaran yang disampaikan dengan lebih berkesan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: